Pengenalan

Dian Training Centre (DTC) adalah sebuah Institusi Kemahiran yang berdaftar dan mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai Sebuah Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah.

Objektif

Memberi Latihan Intensif berorentasikan pengeluaran dalam bidang Pembuat Pakaian.

Melahirkan tenaga mahir dalam bidang Jahitan dan Seni Reka Fesyen ke arah memenuhi sebahagian dari keperluan Industri Negara.

Menyediakan kursus - kursus dalam bidang berkaitan yang boleh diikuti untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Syarat Kemasukan

  • Umur 16 tahun ke atas
  • Kelulusan akademik tidak diperlukan
  • Boleh menulis dan membaca dengan baik

Pengiktirafan Kursus

Program ini mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar di Pusat Latihan ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang jahitan dan seni reka fesyen

Kemudahan disediakan

Asrama disediakan PERCUMA (Wanita Sahaja) diutamakan peserta-peserta dari luar Kuala Lumpur.

Kos Pengajian

  • Kos yuran pengajian adalah berpatutan dan termampu oleh pelajar.
  • Yuran hanya dikenakan sekali sahaja sepanjang pengajian.

Masa belajar

Hari Masa
Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari