Jahitan dan Sulaman

Pelajari teknik-teknik jahitan dan sulaman yang terkini. Pelajar akan didedahkan dengan berbagai teknik jahitan yang bermutu.

Seni Reka Fesyen

Anda mungkin salah seorang bakal pereka fesyen terkenal suatu hari nanti. Realisasikan impian anda melalui kurus ini.

Diploma dan Sijil

Kemahiran anda diakui dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Dian Training Centre

Sebuah Institusi Kemahiran yang berdaftar dan mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai sebuah Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah.

Kami menawarkan sistem pembelajaran Sepenuh Masa dan Separuh Masa berasaskan praktikal dan teori. Program latihan praktikal(bekerja sambil belajar) atau terus bekerja dengan mana-mana gedung pembuat pakaian, dibutik atau kedai-kedai jahit juga ditawarkan kepada pelajar setelah tamat menjalani kursus dengan sempurna.

KEISTIMEWAAN

Elaun bulanan antara RM 300.00 hingga RM 400.00 sebulan akan diberikan sewaktu menjalani latihan bekerja sambil belajar atau diberi gaji permulaan antara RM 800.00 hingga RM 1,000.00 sebulan dibayar oleh syarikat atau butik-butik.